Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang cantik dengan budaya menarik terletak di zon pantai timur. Mempunyai lapan buah daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan daerah bongsu iaitu Kuala Nerus. Dengan pasir pantainya yang memutih dari Kemaman ke Besut. Dilindungi pula oleh pulau pulau seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian juga Pulau Tenggol. Terengganuwebcam.blogspot.com yang memaparkan gambar spontan dimana saja dalam dan luar Negeri Terengganu Darul Iman.Disamping gambar produk kesihatan diri bagi sesiapa yang memerlukan. Sebarang komen, maklumat, pandangan atau pendapat; boleh disalurkan ke mohamadbidin@ymail.com atau mohamadb@tganu.uitm.edu.my HP No: 01120878674

Setiu

Setiu merupakan sebuah daerah bongsu bagi Negeri Terengganu. Seperti juga daerah daerah lain, Setiu juga mempunyai kawasan peranginan tersendiri. Namun begitu daerah Setiu lebih terkenal dengan kawasan pantai sebagai kawasan peranginan contohnya Pantai Merang. Kawasan pantainya yang cantik dan menarik, mengamit para pelancong luar dan dalam negeri singgah seketika untuk melepaskan lelah. Juga mempunyai perkhidmatan pelancongan yang baik. Tempat untuk bermalam, dengan chalet chalet yang menyamankan.

Setiu Setiu Reviewed by Mamat Abudin on July 31, 2010 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.