Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang cantik dengan budaya menarik terletak di zon pantai timur. Mempunyai lapan buah daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan daerah bongsu iaitu Kuala Nerus. Dengan pasir pantainya yang memutih dari Kemaman ke Besut. Dilindungi pula oleh pulau pulau seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian juga Pulau Tenggol. Terengganuwebcam.blogspot.com yang memaparkan gambar spontan dimana saja dalam dan luar Negeri Terengganu Darul Iman.Disamping gambar produk kesihatan diri bagi sesiapa yang memerlukan. Sebarang komen, maklumat, pandangan atau pendapat; boleh disalurkan ke mohamadbidin@ymail.com atau mohamadb@tganu.uitm.edu.my HP No: 01120878674

Kemaman Daerah Minyak

Minyak? Kertah? Terengganu? Mana tu? Melalui perkembangan pengeluaran petroleum, kini sektor pembuatan telah berkembang pesat semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Seiringan dengan itu, Negeri Terengganu yang dianugerahkan dengan hasil petroleum yang melimpah ruah. terus mencorak perkembangan pembangunan yang ketara. Oleh kerana mempunyai keluasan tanah yang megcukupi, daerah Kemaman telah dijadikan sebagai hub pemprosesan petroleum mentah. Ianya ditempatkan disebuah pekan kecil iaitu Kerteh yang berhampiran dengan pekan Paka dan Kijal.


Hampir keseluruhan kawasan Kerteh telah dibangunkan dengan pelbagai kilang. Kesemua kilang yang terdapat di sini telah dikawal selia oleh pihak Jabatan Alam Sekitar. Dengan jarak yang ditentukan oleh pihak berkuasa, penempatan penduduk telah dipindah ketempat yang lebih selamat. Perkembangan pembangunan disini telah melimpah ke daerah Dungun. Ramai diantara rakyat Terengganu yang berkerja disini berasal dari penduduk sekitar daerah Dungun terutamanya dari pekan Paka.


Pembangunan dengan pembinaan lapangan terbang katagori sederhana dibina bagi memudahkan lagi perjalanan. Firefly diantara yang menggunakan perkhidmatan ini. Pembangunan pesat ini juga telah mengundang beberapa syarikat terkemuka untuk membuat pelaburan perniagaan tanpa bimbang dan ragu. Petronas umpamanya telah menarik lebih ramai pelabur untuk berurus niaga di Kerteh khususnya dan Terengganu amnya.
Kemaman Daerah Minyak Kemaman Daerah Minyak Reviewed by Mamat Abudin on August 11, 2010 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.