Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang cantik dengan budaya menarik terletak di zon pantai timur. Mempunyai lapan buah daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan daerah bongsu iaitu Kuala Nerus. Dengan pasir pantainya yang memutih dari Kemaman ke Besut. Dilindungi pula oleh pulau pulau seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian juga Pulau Tenggol. Terengganuwebcam.blogspot.com yang memaparkan gambar spontan dimana saja dalam dan luar Negeri Terengganu Darul Iman.Disamping gambar produk kesihatan diri bagi sesiapa yang memerlukan. Sebarang komen, maklumat, pandangan atau pendapat; boleh disalurkan ke mohamadbidin@ymail.com atau mohamadb@tganu.uitm.edu.my HP No: 01120878674

Tinggalan Penjajah

Banyak dan berbagai bagai jenis kesan peninggalan oleh pihak Jepun dan Inggeris semasa memerintah Tanah Melayu terdapat di Negeri Terengganu. Tidak terkecuali dengan daerah Dungun. Kesannya masih lagi dapat di lihat hingga ke hari ini. Walaupun telah hampir musnah ditelan zaman, ianya masih lagi gah dan utuk. Sehinggakan ada kesan peninggalan itu terpaksa di buat dalam bentuk replika atau sebaliknya.





Gambar pertama merupakan replika sebuah keretapi yang digunakan untuk mengangkut bijih besi ke kapal yang menunggu untuk di hantar ke luar negara bagi kerja kerja pembersihan. Perjalanan keretapi berkenaan bermula dari Bukit Besi yang merupakan pusat pengeluaran bijih besi, hingga ke jeti di Sura Gate, Dungun. Perjalanan yang memakan sedikit masa itu telah melalui beberapa kampung kecil, seperti Kampung Serdang, Kampung Kumpal, Kampung Nibong dan beberapa kampung lagi.


Gambar disebelah bawahnya pula, kesan peninggalan kerja kerja perlombongan bijih besi di Bukit Besi yang masih bertahan hingga kini. Ini adalah salah satu tiang jeti, dimana ianya merupakan destinasi sebuah kapal menunggunya keretapi yang membawa bijih besi. Dengan hakisan pantai disepanjang tahun, maka telah menampakkan tiang di bawahnya. Ianya amatlah dirasakan perlu dibuat kerja kerja pembaikan bagi mengekalkan monumen tinggalan pihak penjajah, bagi tatapan dan kajian generasi sekarang dan akan datang.


Tahukah anda semua mengenai gambar ini dan dimana? Gambar ini merupakan laluan bawah tanah bagi keretapi yang membawa bijih besi dari Bukit Besi. Laluan berkenaan diberi nama sebagai Bukit Tebuk. Memandangkan laluan tersebut tinggi iaitu kawasan berbukit, pihak penjajah telah mengambil jalan menebuk sebuah bukit bagi memudahkan perjalanan. Kini Bukit Tebuk yang digelar oleh penduduk setempat, merupakan salah satu jalan pintasan menuju ke jalan utama menghala ke Kuala Terengganu atau Dungun. Jalan telah diturapkan dengan jalan tar bagi keselesaan penduduk sekitar. Dan ianya perlu diterangi dengan cahaya lampu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti terjerumus kedalam lopak lopak air.



Tinggalan Penjajah Tinggalan Penjajah Reviewed by Mamat Abudin on August 17, 2010 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.