Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang cantik dengan budaya menarik terletak di zon pantai timur. Mempunyai lapan buah daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan daerah bongsu iaitu Kuala Nerus. Dengan pasir pantainya yang memutih dari Kemaman ke Besut. Dilindungi pula oleh pulau pulau seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian juga Pulau Tenggol. Terengganuwebcam.blogspot.com yang memaparkan gambar spontan dimana saja dalam dan luar Negeri Terengganu Darul Iman.Disamping gambar produk kesihatan diri bagi sesiapa yang memerlukan. Sebarang komen, maklumat, pandangan atau pendapat; boleh disalurkan ke mohamadbidin@ymail.com atau mohamadb@tganu.uitm.edu.my HP No: 01120878674

Dungun Membangun

Dengan slogan "Dungun Membangun", kini Daerah Dungun turut membangun seiring slogan yang diberikan. Dengan pentadbiran yang mantap, Dungun kini telah kian menjadi sebutan masyarakat umum. Seiring sejalan dengan era baru kini, daerah tersebut telah menuju ke matlamatnya.






Banyak bangunan lama diganti dengan yang baru. Pembinaan bangunan baru juga pesat dijalankan. Sebuah pusat membeli belah diwujudkan bagi kemudahan penduduk setempat. Sura Gate Bisness Centre diwujudkan dan menempatkan pelbagai jenis perniagaan. Diperhati disini adalah perbandingan kemajuan yang sedang dijalankan. Jalanraya, sistem peparitan, sistem perhubungan dan sebagainya telah dan sedang diperelokkan demi kemudahan rakyat. Lebih banyak pusat pusat perniagaan dibuka bagi para peniaga.


Dungun kini mempunyai pelbagai kemudahan perhubungan, seperti jalanraya dan sebagainya. Sebuah stesen bas baru telah dibina bagi tujuan kemudahan pengangkutan seluruh warga Dungun. Jalanraya jalanraya kini diperbaiki, diperbesarkan seiring dengan pertambahan kenderaan.




Dungun Membangun Dungun Membangun Reviewed by Mamat Abudin on August 10, 2010 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.