Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang cantik dengan budaya menarik terletak di zon pantai timur. Mempunyai lapan buah daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan daerah bongsu iaitu Kuala Nerus. Dengan pasir pantainya yang memutih dari Kemaman ke Besut. Dilindungi pula oleh pulau pulau seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian juga Pulau Tenggol. Terengganuwebcam.blogspot.com yang memaparkan gambar spontan dimana saja dalam dan luar Negeri Terengganu Darul Iman.Disamping gambar produk kesihatan diri bagi sesiapa yang memerlukan. Sebarang komen, maklumat, pandangan atau pendapat; boleh disalurkan ke mohamadbidin@ymail.com atau mohamadb@tganu.uitm.edu.my HP No: 01120878674

Marang

Marang sebuah daerah perikanan. Di sini terdapatnya sebuah jeti perikanan terbesar bagi daerah berkenaan. Ini merupakan satu kemudahan bagi para nelayan mendaratkan hasil tangkapan laut mereka. Pelbagai pembangunan yang telah siap, dalam proses menyiapkan termasuk juga dalam perancangan negeri bagi daerah Marang. Sistem perhubungan talian talipon terbesar bagi Negeri Terengganu ditempatkan di daerah ini, iaitu dikawasan berhampiran dengan sebuah kampung dikenali sebagai Kampung Lubuk Mandi. Dengan pemandangan daerahnya yang menghadap laut, berbagai bagai hasil tangkapan laut ada di jual disepanjang jalan menuju kemana saja dari kedua dua belah laluan. Tak terkecuali juga hasil kraftangan penduduk setempat dan luar.

Marang Marang Reviewed by Mamat Abudin on July 28, 2010 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.