Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang cantik dengan budaya menarik terletak di zon pantai timur. Mempunyai lapan buah daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan daerah bongsu iaitu Kuala Nerus. Dengan pasir pantainya yang memutih dari Kemaman ke Besut. Dilindungi pula oleh pulau pulau seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian juga Pulau Tenggol. Terengganuwebcam.blogspot.com yang memaparkan gambar spontan dimana saja dalam dan luar Negeri Terengganu Darul Iman.Disamping gambar produk kesihatan diri bagi sesiapa yang memerlukan. Sebarang komen, maklumat, pandangan atau pendapat; boleh disalurkan ke mohamadbidin@ymail.com atau mohamadb@tganu.uitm.edu.my HP No: 01120878674

Besut

Daerah Besut, merupakan daerah pelancongan terbesar bagi Negeri Terengganu. Seperti juga daerah lain, Besut mempunyai sebuah pulau pelancongan termasyhur iaitu Pulau Perhentian. Pelancong dari pelbagai negara amat berminat untuk sampai ke pulau peranginan ini. Dengan pasir pantai yang memutih, keadaan laut sekitar pulau amat menenangkan hati. Perkhidmatan "scuba diving" juga disediakan bagi mereka yang gemar untuk melihat dasar laut. Namun begitu aktiviti menangkap ikan di sekitar pulau tidak dibenarkan, bagi menjaga kehidupan batu karang dan spesis ikan yang dilindungi. Daerah ini juga merupakan sempadan antara Kelantan dan Terengganu.
Besut Besut Reviewed by Mamat Abudin on July 29, 2010 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.