Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang cantik dengan budaya menarik terletak di zon pantai timur. Mempunyai lapan buah daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan daerah bongsu iaitu Kuala Nerus. Dengan pasir pantainya yang memutih dari Kemaman ke Besut. Dilindungi pula oleh pulau pulau seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian juga Pulau Tenggol. Terengganuwebcam.blogspot.com yang memaparkan gambar spontan dimana saja dalam dan luar Negeri Terengganu Darul Iman.Disamping gambar produk kesihatan diri bagi sesiapa yang memerlukan. Sebarang komen, maklumat, pandangan atau pendapat; boleh disalurkan ke mohamadbidin@ymail.com atau mohamadb@tganu.uitm.edu.my HP No: 01120878674

Hulu Terengganu

Hulu Terengganu merupakan daerah pendalaman. Kawasannya meliputi sebahagian besar Taman Negara Malaysia. Di sini terdapatnya tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Tasik berkenaan diberi nama Tasik Kenyir. Ianya terletak di bandar Kuala Berang. Di tasik ini juga terdapatnya stesen janakuasa terbesar bagi Negeri Terengganu. Spesis ikan air tawar juga diternak disini.

Hulu Terengganu Hulu Terengganu Reviewed by Mamat Abudin on July 30, 2010 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.