Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang cantik dengan budaya menarik terletak di zon pantai timur. Mempunyai lapan buah daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan daerah bongsu iaitu Kuala Nerus. Dengan pasir pantainya yang memutih dari Kemaman ke Besut. Dilindungi pula oleh pulau pulau seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian juga Pulau Tenggol. Terengganuwebcam.blogspot.com yang memaparkan gambar spontan dimana saja dalam dan luar Negeri Terengganu Darul Iman.Disamping gambar produk kesihatan diri bagi sesiapa yang memerlukan. Sebarang komen, maklumat, pandangan atau pendapat; boleh disalurkan ke mohamadbidin@ymail.com atau mohamadb@tganu.uitm.edu.my HP No: 01120878674

Dungun

Dungun merupakan salah satu daerah yang terdapat di Negeri Terengganu. Ianya terletak di antara daerah Kemaman dan Marang. Dungun merupakan sebuah daerah peninggalan pihak Jepun dan Inggeris suatu ketika dahulu. Dahulunya Dungun merupakan daerah pengeluar bijih besi utama Negeri Terengganu, iaitu ditempat yang dikenali sebagai Bukit Besi. Kesan peninggalannya hingga kini masih lagi dapat dilihat. Kini pada tarikh keramat 20 Ogos 2008 (20/08/2008), Dungun telah di isytiharkan sebagai daerah perbandaran dengan nama Perbandaran Dungun. Dengan pembangunan yang sedang rancak berjalan, tidak mustahil Dungun akan menjadi salah sebuah daerah tarikan pelancong. Terutama sekali kepada pelancong pelancong yang sebelum ini pernah menjejakkan kaki di bumi ini. Tinggalan penjajah yang hampir musnah kini sedang dalam proses baik pulih untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang.

Dungun Dungun Reviewed by Mamat Abudin on July 27, 2010 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.