Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang cantik dengan budaya menarik terletak di zon pantai timur. Mempunyai lapan buah daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan daerah bongsu iaitu Kuala Nerus. Dengan pasir pantainya yang memutih dari Kemaman ke Besut. Dilindungi pula oleh pulau pulau seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian juga Pulau Tenggol. Terengganuwebcam.blogspot.com yang memaparkan gambar spontan dimana saja dalam dan luar Negeri Terengganu Darul Iman.Disamping gambar produk kesihatan diri bagi sesiapa yang memerlukan. Sebarang komen, maklumat, pandangan atau pendapat; boleh disalurkan ke mohamadbidin@ymail.com atau mohamadb@tganu.uitm.edu.my HP No: 01120878674

Kuala Terengganu


Kuala Terengganu merupakan ibu negeri bagi Negeri Terengganu Darul Iman. Terletak di pesisiran pantai dan muara kuala Sungai Terengganu. Dengan pelbagai kemudahan infrakstruktur dalam pembangunan moden serta terkini, kini Kuala Terengganu telah di istiharkan sebagai salah sebuah diantara bandaraya yang terdapat diseluruh Malaysia dengan menggunakan nama Kuala Terengganu Bandaraya Persisir Air. Dengan bendera berwarna kuning, Kuala Terengganu adalah merupakan bandar diraja bagi Negeri Terengganu. Dengan istana diraja yang menghadap ke muara sungai Terengganu, menjadikan ianya sebuah istana diraja yang cukup indah. Pembangunan di sepanjang sungai Terengganu telah menambahkan lagi keserian dan kesenian bandaraya tersebut. Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak pemerintah telah membuatkan Negeri Terengganu, terutama Pulau Duyung yang berhampiran muara Sungai Terengganu ini telah terkenal dan diperkatakan disegenap pelusok dunia. Ingatkah anda semua dengan "Terengganu Monsun Cup"?

Kuala Terengganu Kuala Terengganu Reviewed by Mamat Abudin on July 27, 2010 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.