Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang cantik dengan budaya menarik terletak di zon pantai timur. Mempunyai lapan buah daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan daerah bongsu iaitu Kuala Nerus. Dengan pasir pantainya yang memutih dari Kemaman ke Besut. Dilindungi pula oleh pulau pulau seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian juga Pulau Tenggol. Terengganuwebcam.blogspot.com yang memaparkan gambar spontan dimana saja dalam dan luar Negeri Terengganu Darul Iman.Disamping gambar produk kesihatan diri bagi sesiapa yang memerlukan. Sebarang komen, maklumat, pandangan atau pendapat; boleh disalurkan ke mohamadbidin@ymail.com atau mohamadb@tganu.uitm.edu.my HP No: 01120878674

Kemaman

Kemaman merupakan daerah ketiga dinyatakan di blog ini. Daerah ini merupakan daerah penghujung Negeri Terengganu, yang terletak di selatan negeri. Kedudukan daerah Kemaman ini adalah bersempadanan dengan Negeri Pahang. Daerah Kemaman juga kini merupakan daerah pengeluaran petroleum utama Negeri Terengganu. Kemaman telah diisytiharkan sebagai daerah Perbandaran yang pertama di Negeri Terengganu. Pembangunan pesat di daerah ini adalah bermulanya dengan penemuan hasil bumi seperti minyak dan gas asli. Memandangkan daerah ini mempunyal keluasan yang tinggi, pelbagai pembangunan untuk rakyat sedang galak dirancang.

Kemaman Kemaman Reviewed by Mamat Abudin on July 27, 2010 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.