Pada hari Sabtu yang lalu, Pantai Teluk Lipat telah dikunjungi oleh kaki pancing dari segenap lapisan masyarakat. Mereka ini sanggup datang dari jauh. Dari segenap pelusok negara, tak kira mereka tua atau muda yang pastinya adalah kaki pancing. Bila tiba masa yang dijanjikan.mereka datang awal dan bermalam bagi mereka yang mampu, sewa bilik, rumah tumpangan, hotel dan bagi meeka yang kurang berkemampuan sikit; mereka sanggup membawa khemah dan bermalam di tepi pantai. Bagi yang mempunyai kenderaan sedikit besar, keluarga pun ikut turut serta disamping sebagai satu percutian bersama. Dan seandainya ada diantara keluarga mereka kaki pancing memenangi hadiah pula lagilah menambah kegembiraan. Janji mereka semua berpuas hati dan hajat kesampaian untuk bercuti di Daerah Dungun.
Satu pertandingan memancing telah diadakan. Tak kira mereka itu lelaki atau perempuan, mereka membawa beberapa batang joran untuk memasuki pertandingan memancing. Sebenarnya pertandingan sebegini sering diadakan di daerah Dungun sejak dahulu lagi. Apa yang diharapkan adalah agar daerah Dungun akan menjadi sebuah daerah kegemaran bagi kaki pancing. Ini juga merupakan satu usaha menarik para pelancong untuk melawat daerah Dungun khususnya dan Negeri Terengganu amnya. Semoga nama daerah Dungun dan Terengganu sentiasa meniti dibibir kaki pancing dan juga pelancong pelancong luar negeri Terengganu. Satu usaha yang berharga, teruskanlah.
Pertandingan yang bermula pada pukul lapan pagi hingga satu petang itu, telah mengundang sebegitu ramai peserta dari beberapa buah negeri. Dikatakan seramai hampir lima ratus kaki pancing telah berkampung di pantai, Ini tidak termasuk keluarga mereka yang turut hadir. Dengan perbagai gelagat para pemancing, tak dikira panas atau hujan, mereka tetap berada disisi joran mereka bagi memastikan hasil pancingan tidak terlepas.
Diantara mereka ada yang berkereta, bermotorsikal atau sebagainya mereka sanggup untuk datang walaupun dari tempat yang jauh. Itulah dinamakan sebagai kaki pancing tegar. Berhabis beribu ringgit pun tak dihiraukan, asalkan apa yang mereka hajati tertunai. Diantara deretan kenderaan kaki pancing diletakkan berhampiran, peniaga minuman pun turut mendapat limpahan rezeki daripada aktiviti sebegini. Apayang diharapkan adalah agar mereka ini sentiasa menjaga kebersihan sekitar. Menjelang masa penamat bagi kaki pancing itu, berbagai jenis ikan telah didaratkan. Diantara yang sempat dirakamkan adalah seperti ikan pari, ikan todak, ikan ebek dan sebagainya.
Pertandingan Memancing
Reviewed by Mamat Abudin
on
October 02, 2010
Rating:
No comments: