Sebermulanya cuti persekolahan lagi, para ibu bapa sudah sibuk membuat pelbagai persiapan untuk mengadakan majlis kenduri perkahwinan. Tak terkecuali juga mereka yang akan melangsungkan perkahwinan atau mereka yang akan turut membantu terutamanya jiran sebelah rumah. Pelbagai kerja terpaksa dilakukan oleh kedua dua belah pihak pengantin. Dari menyediakan bahan majlis kenduri, membersihkan halaman rumah dan mungkin juga menghiasi rumah supaya kelihatan lebih berseri seperti pokok yang berjuntaian akan dipotong juga mengecat rumah. Dan sebagai jiran terdekat juga pelbagai bantuan dihulurkan bagi meringankan beban yang bakal ditanggung oleh kedua dua keluarga bakal pengantin baru.
Musim Remaja Kahwin
Reviewed by Mamat Abudin
on
June 12, 2011
Rating:
No comments: