Dengar nama pun rasa pelik. Apa itu "Honda Samah". Nak tahu? Saya pun kuranga tahu sebenarnya kenapa diberi nama yang sebegitu. Begini, sebenarnya ianya adalah merupakan salah sebuah motorsikal klasik. Kalau tak silap saya keluaran antara tahun lima puluhan hingga ke enam puluhan. Namun kini ianya telah diberi nafas baru demi untuk kepuasan hati penggemar motosikal klasik atau lama. Ada berbagai lagi jenis dan model tahun berkenaan telah dibaik pulih semula.
Ramai yang tergila gila nak dapatkannya. Tapi dapat ke? Kat sini yang dapat hanyalah gambar. Itu pun dah ada yang teruja. Ianya sebuah motorsikal dengan kapasiti enjin 50cc, dikeluarkan sekitar tahun 50an hingga 60an. Begitulah ceritanya. Betul ke cerita aku nie. Kalau silap, maafkanlah. Maklumlah aku nie hidup dari tahun selepas itu. Ini hanya sedikit sebanyak cerita yang pernah aku dengar. Namun bagi yang minat dengan kenderaan lama, mereka sanggup mencari dimana sahaja. Pasal harga? Jangan dikira, janji hati puas. Kini harganya boleh mencecah sampai ribuan ringgit.
Sebermula dengan kenderaan kecil begini, telah ramai kini pengemar kenderaan klasik berusaha keras untuk memilikinya. Tak terkecuali sama motosikal bersaiz kecil, besar juga termasuk kenderaan yang mempunyai empat tayar. Pun begitu, masih ada lagikah kenderaan sebegini disekeliling kita? Seandainya ada bagi mereka yang berduit, sanggup mendapatkannya walau sesukar mana sekali pun.
Honda Samah
Reviewed by Mamat Abudin
on
October 10, 2010
Rating:
No comments: