Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang cantik dengan budaya menarik terletak di zon pantai timur. Mempunyai lapan buah daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan daerah bongsu iaitu Kuala Nerus. Dengan pasir pantainya yang memutih dari Kemaman ke Besut. Dilindungi pula oleh pulau pulau seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian juga Pulau Tenggol. Terengganuwebcam.blogspot.com yang memaparkan gambar spontan dimana saja dalam dan luar Negeri Terengganu Darul Iman.Disamping gambar produk kesihatan diri bagi sesiapa yang memerlukan. Sebarang komen, maklumat, pandangan atau pendapat; boleh disalurkan ke mohamadbidin@ymail.com atau mohamadb@tganu.uitm.edu.my HP No: 01120878674

THR Berhari Raya

Hujung minggu yang lalu penduduk Daerah Dungun merasa sungguh bertuah kerana daerah berkenaan telah dipilih oleh salah satu stesen radio negara, untuk mengadakan majlis sambutan hari raya. Stesen radio yang dimaksudkan ialah stesen radio THR Gegar Pantai timur. Diadakan di Padang Merdeka Daerah Dungun.



Adakah anda mengenali mereka ini? Mereka adalah diantara penyampai Radio THR Gegar Pantai Timur. Tengok nie, Seorang daripada mereka (nama glamour) Dj Nasa dan lagi Dj Isma Halil Hamzah (gambar bawah tu). Mereka nie semuanya "famous and glamour". Tengok tu si Isma Halil, sedang nyanyi semasa gambar ini dirakam. Nasa dan Isma, ingat ini bukannya pertandingan nyanyian tau. Kau orang tu ditugaskankan untuk menghibur hari penduduk setempat. Apa apa pun diucapkan tahniah kepada penyampai penyampai radio yang berkesempatan datang ke daerah Dungun. Mereka sungguh menghiburkan.



Betapa gembiranya penduduk daerah Dungun dengan kehadiran mereka kesini. Apa tidaknya, makan minum semuanya free. Ada cabutan bertuah lagi untuk tetamu yang hadir dalam "keluarga sedondong". Ini merupakan sebahagian daripada peserta yang mengambil bahagian.



Aikk... Adik Abang Kakak... Dah menang ke? Nampak happy semacam jer. Itulah gelagat diantara sebahagian daripada penduduk setempat yang sempat hadir menjayakan majlis. Moga THR Gegar akan meneruskan lagi acara sebegini dimasa akan datang.
THR Berhari Raya THR Berhari Raya Reviewed by Mamat Abudin on October 03, 2010 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.