Pernahkah anda menunggang kuda? Sama kuda padi atau kuda biasa. Kalau dah biasa, apa rasanya? Kalau tak pernah menunggang kuda, apa kata kita pakat pakat tunggang kuda yang dimaksudkan. Tempatnya tak jauh. hanya dipersekitaran pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu jer. Pasti akan teruja bila dah tunggang sekali. Bukan itu saja, ditempat berkenaan juga disediakan kereta kuda. Cuba anda semua tengok kat belakang tu, kereta kuda tersedia untuk dinaiki dengan sedikit bayaran.
Menunggang seekor kuda untuk tiga pusingan, akan dikenakan sedikit bayaran iaitu iaitu sebanyak ringgit malaysia tiga (RM3.00)sahaja. Manakala untuk menaiki kereta kuda dikenakan bayaran sebanyak ringgit malaysia lima(RM5.00). Pihak majlis bandaraya telah memberi kebenaran kepada pihak tertentu untuk memberi perkhidmatan sebegini kepada orang ramai bagi menarik pelancong ke Terengganu.
Namun apa yang perlu dilakukan adalah menjaga kebersihan sekitar serta mengelakkan pencemaran alam dan udara sekitar. Kuda hendaklah sentiasa bersih dan tidak berpenyakit. Alahai gembira sungguh kanak kanak yang dapat menunggang kuda, tetapi ianya diawasi oelh mereka yang pakar.
Kuda Kuda
Reviewed by Mamat Abudin
on
October 05, 2010
Rating:
No comments: