Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang cantik dengan budaya menarik terletak di zon pantai timur. Mempunyai lapan buah daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan daerah bongsu iaitu Kuala Nerus. Dengan pasir pantainya yang memutih dari Kemaman ke Besut. Dilindungi pula oleh pulau pulau seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian juga Pulau Tenggol. Terengganuwebcam.blogspot.com yang memaparkan gambar spontan dimana saja dalam dan luar Negeri Terengganu Darul Iman.Disamping gambar produk kesihatan diri bagi sesiapa yang memerlukan. Sebarang komen, maklumat, pandangan atau pendapat; boleh disalurkan ke mohamadbidin@ymail.com atau mohamadb@tganu.uitm.edu.my HP No: 01120878674

Topi Keledar Ohhh Topi Keledar

Dimanakah dikau, wahai topi keledar. Aku disini, disisi mu, diam tak bernyawa. Aku diciptakan sebagai alat mempertahankan kepala manusia. Namun aku dibuang, dilontar, ditinggalkan. Inilah nama manusia. Setiap yang memberi kebaikan diabaikan, dilupakan dari ingatan. Apa guna semua ini, penghasilannya memakan masa yang panjang, tapi siapa yang mendapat faedahnya? Ayam? Itik? Ikan peliharaan? Atau?



Inilah sikap pengguna motosikal sekarang ini. Kerajaan mengeluarkan beribu ringgit demi menjaga keselamatan pengguna motorsikal. Samada mereka itu penunggang atau pembonceng. Tapi yang pakai hanyalah sekadar lutut atau tempat letak barang. Inilah gelagat segelintir masyarakat yang memandang mudah tentang keselamatan diri. Dan dimanakah penguatkuasaan undang-undang? Adakah ianya bermusim? Boleh dikatakan sembilan puluh peratus (90%) penunggang dan pembonceng motosikal tidak mengenakan topi keledar semasa berada di atas jalanraya. Mereka ini memandang mudah tentang keselamatan diri.



Tengok tu dahlah topi keledar tidak digunakan atau dipakai, memotong kenderaan besar pulak tu disebelah kiri. Itu namanya menempah maut. Apa yang difikirkan oleh mereka berdua ni. Ego ke? Kalaulah bergesel dengan lori macam mana? Ini dah dikira sebagai menempah maut. Hai manusia hargailah nyawa yang dikurniakan oelh Yang Maha Esa.
Topi Keledar Ohhh Topi Keledar Topi Keledar Ohhh Topi Keledar Reviewed by Mamat Abudin on October 09, 2010 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.