Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Sebenarnya Cordyceps ini adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh meliar dikawasan sejuk. Maksudnya dikawasan pergunungan tinggi yang diliputi oleh salji. Atau lebih tepat lagi pada ketinggian 3000 hingga ke 6000 meter dari paras laut.
Cordyceps ini juga dikenali sebagai "cacing musim sejuk atau rumput musim panas". Tumbuhan ini hanya tumbuh meliar di pergunungan China, Tibet dan juga Nepal. Seperti yang saya maklumkan tadi, ianya hanya tumbuh di ketinggian 3000 meter ke atas dari paras laut. Tidak hairanlah ianya tidak didapati dinegara kita.
Selain dari itu, Cordyceps ini juga dikenali sebagai Lagenda Harta Karun Timur. Sejarah penemuannya sebermula semenjak 1500 tahun yang lalu. Manakala harga pasaran semasa boleh mencecah dari RM60,000 sehingga RM100,000 dan menjadikannya sebagai herba yang termahal setakad ini.
Fungsi / Kegunaan utama Cordyceps
1. Memperkuatkan Sistem Imun (Polosakarida) - Merangsang pertumbuhan Sel-T dan Sel NK ( Natural killer cell)
2. Meningkatkan Sistem Pernafasan (Adenosin) - Menggalakkan pengoksidaan ATP (Adenon Trifosfat) untuk memberi tenaga dan anti lesu
2. Meningkatkan Sistem Pernafasan (Adenosin) - Menggalakkan pengoksidaan ATP (Adenon Trifosfat) untuk memberi tenaga dan anti lesu
3. Anti Tumor (Ergosterol Peroxida) - Menghalang pertumbuhan sel tumor
Cordyceps
Reviewed by Mamat Abudin
on
October 31, 2017
Rating:
No comments: