Aduh penat aku tengok bilik aku yang dah macam kandang rimau. Bersepah sepah dengan segala macam benda. Dengan komputer yang baru di keluarkan dari makmal komputer. Dengan keadaan fail yang berteraburan, tak tahu macam mana nak simpan dan susun. Pening jugak kepala aku nak atur dari kedudukan yang bersepah ke tempat dan susunan yang teratur.
Siapalah yang dapat tolong aku kali ini. Dahulu aku yang lakukan sendiri, tapi sejak keadaan yang tak mengizinkan kini dengan kerja dan tanggungjawab yang bertambah, membuatkan aku semakin boring nak mengemas keadaan bilik aku sendiri. Mata tengok serabut jugak. Tapi apakan daya, kesibukan dan kepenatan membuatkan aku terasa kekurangan masa.
Betul kata orang; mereka yang berkerja didalam pejabat yang berhawa dingin nie cepat merasa kepenatan. Semasa berada dalam pejabat atau lebih tepat bilik, tak terasa kepenatan, tapi bila sampai aje kat rumah penatnya lebih lembik dari kain buruk. Nak angkat kaki pun dah terasa malas. Tapi mana boleh begitu. Kena jugak bersenam mengeluarkan peluh, kerana duk kat pejabat memang tak mengeluarkan peluh. Bila dah berpeluh barulah terasa segar sikit.
Sekarang nie dah sedikit masa terluang. Hati jadi senang semenjak segala urusan dah separuh selesai. Hati jadi riang dengan kesihatan yang terasa semakin sihat. Badan yang dulunya terasa lembik dah menjadi tegap semula. Dah mula rasa bertenaga dan bersemangat semula untuk melakukan kerja yang dulunya sering tertangguh. Ku susun dan atur dengan cara sedikit berbeza dari dulu. Segala habuk dah ku sapukan sebersih bersihnya. Sampah sarap dah dibuang ke dalam tong sampah. Nah tengok keadaan dah berubah dari sebelumnya. Kini kemas dan bersih, habuk dah hilang, karpet dah di sedut segala habuk dan debu. Dengan ini keharuman bilik perlu dipertingkatkan.
Wah dah senang hati aku sekarang nie. Masalah peribadi dah separuh selesai. Masalah bebanan kerja dah semakin berkurangan. Masalah besar dah menjadi semakin kecil, yang kecil dah selesai. Kini hidup aku dah semakin riang.
Apa Dah Jadi Nie
Reviewed by Mamat Abudin
on
May 30, 2011
Rating:
No comments: