Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang cantik dengan budaya menarik terletak di zon pantai timur. Mempunyai lapan buah daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan daerah bongsu iaitu Kuala Nerus. Dengan pasir pantainya yang memutih dari Kemaman ke Besut. Dilindungi pula oleh pulau pulau seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian juga Pulau Tenggol. Terengganuwebcam.blogspot.com yang memaparkan gambar spontan dimana saja dalam dan luar Negeri Terengganu Darul Iman.Disamping gambar produk kesihatan diri bagi sesiapa yang memerlukan. Sebarang komen, maklumat, pandangan atau pendapat; boleh disalurkan ke mohamadbidin@ymail.com atau mohamadb@tganu.uitm.edu.my HP No: 01120878674

Santai di Hujung Minggu

Selama beberepa tahun, Negeri Terengganu tidak mengadakan suatu pesta santai untuk rakyat tempatan. Suatu hujung minggu yang amat bertuah dan bermakna buat rakyat Terengganu dan negeri berjiran dengannya. Media Prima dengan kerjasama dengan kerajaan Negeri Terengganu, julung kali mengadakan suatu pesta santai dihujung minggu. Pesta yang juga boleh dikatakan membantu penduduk mendapat barangan dengan harga murah, tetapi membantu juga para peniaga melariskan hasil jualan. Tidak sepertimana pusat jualan yang lain seperti pasar tani atau pasar malam. Iaitu suatu pesta yang mengembirakan penduduk tempatan yang selama ini amat ditunggu dan dirindui. Ianya adalah Pesta Jom Heboh.
Pelbagai acara diadakan di pesta berkenaan, seperti acara pertandingan untuk kanak kanak di peringkat sekolah rendah. Bagi kanak kanak tadika, acara berbeza dikhaskan untuk mereka, untuk yang dewasa lain pula cara yang dipertandingankan. Namun apa yang penting adalah kegembiraan semua penduduk setempat. Bersama keluargaku juga turut memeriahkan lagi pesta santai ini. Bukan apa, sekadar memberi kegembiraan dan kepuasan kepada anak anak dan isteri.

Tengoklah betapa ramai rakyat Terengganu yang datang memeriahkan lagi pesta. Tak kira yang tua, muda, kanak kanak, yang bujang juga yang telah berkeluarga. Kemeriahan pesta dapat juga dirasai oleh rakyat negeri sekitarnya, seperti Kelantan dan Negeri Pahang.

Adalah menjadi harapan pemastautin Negeri Terengganu, agar Media Prima dapat terus mengadalan pesta sedemikian dimasa akan datang. Diharapkan juga agar kerajaan Negeri Terengganu memasukkan pesta ini dalam kalendar pelancongan negeri. Seperti juga pelbagai acara sukan yang lainnya.
Santai di Hujung Minggu Santai di Hujung Minggu Reviewed by Mamat Abudin on May 07, 2011 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.