"Kerja kerja. Selagi tak tutup mata, pendek kata kerja". Ingatkah anda dengan dialog ini. Kalau kita asyik bekerja tanpa memikirkan waktu rehat, mungkin kita telah ditimpa masalah. Mungkin kita dah dijangkiti penyakit. Terutama sekali penyakit malas. Malas nak bergerak dari tempat duduk, kalau bilik yang mempunyai hawa dingin lagi lah malas nak bergerak. Bila bergerak dan keluar dari bilik, akan rasa panas dan badan pun berpeluh. Tapi sebenarnya itulah yang diperlukan untuk menjadi sihat iaitu badan berpeluh. Habis sisa toksik terkeluar bila kita asyik berpeluh.
Nak cite pulak pasal cuti panjang. Samada ambil cuti sendiri atau cuti am yang bersambungan dengan cuti hujung minggu. Biasanya pada cuti cuti sebegini, ramai yang bercuti ke tempat peranginan yang tersohor. Salah satunya seperti yang berada didalam nie. Lokasinya adalah sebuah pulau terkenal di negara kita. Pulau Langkawi. Anda pernak kesana? Kalau belum, jomlah, pada cuit persekolahan nanti boleh pakat pergi ramai ramai. Kita bagi penuk pulau berkenaan. Tapi kenalah sediakan duit lebih, kerana pulau berkenaan bukan saja tempat percutian terkenal tapi jugak tempat membeli belah terkemuka. Dikatakan pulau bebas cukai. Anda berhak untuk beli apa saja yang berkenan dihati, tapi awas nak pulang ke negeri sendiri, kena menaiki bot. Kalau muatan lebih akan membahayakan diri dan dikenakan tambang tambahan bagi membawa muatan lebih.
Dah cerita kisah berpeluh ni, seronok jugak rasanya. Badan rasa sihat dan segar. Apa apa pun setelah seharian kita bekerja, kena jugaklah kita bersantai. Kalau bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan pantai, lepas kerja boleh melepaskan lelah di tepi pantai. Bagi mereka yang berhampiran dengan sungai, apa yang mereka lakukan? Kalau tepi bendang, tepi hutan kecil? Walabagaimana pun cara melepaskan lelah, yang penting adalah kita merasa bebas seketika dari beban kerja seharian. Kepala jadi ringan, otak boleh berehat, badan boleh merasa udara segar.
Tapi kalau hujung minggu boleh jugak ronda ronda kat bandar, membeli belah, perabihkan duit. Beli apa yang rasa berkenan, terutama sekali perempuan, asyik nak 'shopping' jer. Beli apa aje yang berkenan walaupun benda yang nak dibeli tu dah melambak kat rumah, boleh buat muzium. Kalau nak pindah rumah ke, bolehlah sewa lori tiga empat puluh biji untuk muatkan barang.
Santai Melepas Lelah
Reviewed by Mamat Abudin
on
May 07, 2011
Rating:
No comments: