Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang cantik dengan budaya menarik terletak di zon pantai timur. Mempunyai lapan buah daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan daerah bongsu iaitu Kuala Nerus. Dengan pasir pantainya yang memutih dari Kemaman ke Besut. Dilindungi pula oleh pulau pulau seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian juga Pulau Tenggol. Terengganuwebcam.blogspot.com yang memaparkan gambar spontan dimana saja dalam dan luar Negeri Terengganu Darul Iman.Disamping gambar produk kesihatan diri bagi sesiapa yang memerlukan. Sebarang komen, maklumat, pandangan atau pendapat; boleh disalurkan ke mohamadbidin@ymail.com atau mohamadb@tganu.uitm.edu.my HP No: 01120878674

IPT Riuh Rendah Lagi

IPT seluruh negara akan riuh rendah sekali lagi untuk yang kesekian kalinya. Tak terkecuali jugak dengan Universiti Teknologi Mara Terengganu (UiTMT), tempat aku bertugas sejak sekian lamanya. Dah beberapa lama aku dan teman teman sekerja sibuk membuat persedian menerima kedatangan pelajar baru. Dijangkankan pada kali ini UiTMT menerima lebih daripada dua ribu (2000) orang pelajar baru. Hari Ahad aku bersama teman sekerja bertungkus lumus cuba melakukan kerja dengan cara terbaik. Tugasan kami pada kali ini adalah untuk membuat kad pengenalan pelajar IPT. Namun disebabkan kesuntukan masa dengan jumlah pelajar seramai satu ribu dua ratus orang (1200), proses membuat kad hanya dapat melibatkan separuh saja pelajar.


Proses tersebut akan diteruskan lagi pada minggu seterusnya. Sebahagian lagi pelajar baru akan mendapat "kad pengenalan pelajar baru". Maka bermulalah lagi tugasan kami. Pada kali ini aku telah dipilih oleh boss untuk mengetuai tugasan ini. Mungkin boss dah tengok cara aku dan teman teman berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang. Bukan apa aku dipilih sebagai ketua operasi, ini kerana aku nie dah mempunyai pangkat sikit. Insyaallah, aku akan membuat yang terbaik, dan memikul amanah ini sebaik mungkin.

Ya. Aku mencuba yang terbaik aje. Dan dah terjadi dengan baik sekali. Dari segi persiapan dah terbaik pernah aku dan teman teman lakukan. Tempat tidak lagi menjadi masalah. Luas dan selesa, berhawa dingin; sampai sejuk mencecah sampai ketulang hitam. Tapi kesejukan itulah yang diperlukan oleh peralatan yang sedang digunakan, terutama sekali komputer dan pencetak. Peralatan sebegini biasanya akan cepat mengalami kerosakan bila berada dalam kepanasan.


Aduh penatnya aku. Dah masuk hari ke tiga aku bersama teman sekerja melakukan proses membuat kad pengenalan pelajar baru UiTM. Bermula dari pagi hari Jumaat membuat persiapan hingga ke petang hari Ahad. Letih bukan main lagi. Bila pulang ke rumah, siang siang lagi dah tergolek kepenatan. Tapi tak apa. Itu dah menjadi tanggungjawab aku bersama teman teman sekerja. Kerana kerja itu adalah ibadat, sekiranya kita menjadikan kerja sebagai ibadat; kerja kita akan diberkati dan kita akan merasa berpuas hati.

Selepas selesai semua kerja yang telah diamanahkan, kami tidak dibiarkan begitu sahaja. Kami disediakan dengan sedikit jamuan ringan. Dari pagi sebermulanya kami bertugas hingga ke minum teh petang, perut kami sentiasa terisi dengan makanan enak. Tengok tu betapa menyelerakan hidangan yang disediakan oleh pihak pengurusan tertinggi.

IPT Riuh Rendah Lagi IPT Riuh Rendah Lagi Reviewed by Mamat Abudin on May 21, 2011 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.