Salam. Dah lama tak melihat ikan dilautan melompat lompat mendapatkan udara. Maklumlah musim dah 'tak tentu halu"(kata orang tganu). Kebiasaannya pada bulan antara Febuari hingga Mac, merupakan syurga bagi kaki pancing. Apa tidaknya, berbagai bagai jenis ikan sepatutnya dapat didaratkan diantaranya ebek, gerong, paling tidak pun ikan pari seberat antara sepuluh hingga tiga puluh kilogram. Pertandingan memancing pula sekurang kurangnya dua atau tiga kali dah diadakan. Sekarang nie bulan April dah nak sampai kepenghujungnya. Kaki pancing pun dah mengeluh. Tapi tak baik mengeluh. Itu maknanya kita tidah redha dengan ketentuan tuhan.
Ini merupakan gambar yang diambil pada waktu malam ketika ombak ganas membadai pantai. Tapi maaflah gambar gelap sikit, waktu malam. Kalau disiang hari kurang kuat hempasan ombak. Kejadian berlaku bermulanya pada pukul sembilan malam hingga melewati beberapa jam seterusnya.
Saya nie sebenarnya merupakan salah seorang penjala ikan laut persisir pantai. Boleh dikatakan sepanjang pantai dari muara kuala sungai Dungun hingga ke penghujung sebuah Ipt terkemuka, telah saya jelajahi untuk menjala ikan. Berbagai bagai jenis ikan yang pernah saya perolehi seperti ikan cencaru, ikan kikik, selar, ikan tamban dan sebagainya. Kadang kadang banyak, kadang kadang sikit. Paling banyak ikan yang saya dapat mencecah sampai lima puluh (50) kilogram. Jenis ikan yang diperolehi ialah ikan cencaru dan ikan plata. Kesemua ikan yang dapat ini dibuat masin dan dijemur kering.
Gambar ini merupakan gaya, aksi seorang penjala ikan. Tapi mereka nie menjala ikan air tawar, terutama sekali di sungai dan juga di bendang padi. Cara menjala di persisir pantai pun sama cuma tekniknya saja yang lain sedikit. Untuk mendapat ikan pun ada teknik yang tersendiri.
Masalahnya sampai sekarang nie saya masih lagi belum mendapat sebarang ikan. Nak jengok tepi pantai pun malas. Tapi tadi dah ada kawan talipon menyatakan adanya ikan untuk dijala, apa boleh dibuat masa untuk bekerja. Menjala ikan nie saya jadikan hobi saja. Antara hobi dengan periuk nasi, kena utamakan periuk nasi dulu. Kalau tak diutamakan nanti nak kerja apa pulak. Dari kerja sendiri dulu dah dapat kerja dengan gomen, takkan nak balik semula bekerja sendiri. Pendapatan tak ketentuan sangat.
Nah sekarang nie barulah aku mendapat hasil tangkapan. Ikan dibawa balik, disiang, dibasuh dan diletakkan garam untuk dijadikan ikan kering masin. Tengok nie hasil tangkapan menjala apabila masa terluang, sedang berada di atas jemuran untuk dijadikan ikan kering. Berbaloi juga bila nasa lapang yang terluang digunakan dengan menjala ikan. Walaupun hasil pada kali ini sedikit kurang, tetapi saya berpuas hati kerana ini adalah hasil titik peluh sendiri.
Ikan Oooohhhhhh ikan
Reviewed by Mamat Abudin
on
April 19, 2011
Rating:
No comments: