Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang cantik dengan budaya menarik terletak di zon pantai timur. Mempunyai lapan buah daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan daerah bongsu iaitu Kuala Nerus. Dengan pasir pantainya yang memutih dari Kemaman ke Besut. Dilindungi pula oleh pulau pulau seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian juga Pulau Tenggol. Terengganuwebcam.blogspot.com yang memaparkan gambar spontan dimana saja dalam dan luar Negeri Terengganu Darul Iman.Disamping gambar produk kesihatan diri bagi sesiapa yang memerlukan. Sebarang komen, maklumat, pandangan atau pendapat; boleh disalurkan ke mohamadbidin@ymail.com atau mohamadb@tganu.uitm.edu.my HP No: 01120878674

Keindahan Alam Maya

Indahnya waktu pagi. Berbagai bagai ciptaan Yang Maha Esa membuatkan kita kagum. Daripada bermulanya waktu pagi hinggalah ke waktu petang. Semuanya menakjubkan. Permandangan dengan berbagai warna telah turut mewarnai kehidupan insan kamil di muka bumi ini. Itulah alam dunia. Alam dunia yang mempunyai pelbagai ciptaan dari Yang Maha Kuasa. Pemandangan paginya dengan sinaran mentari yang baru muncul dari sebelah timur menerangi suasana kegelapan menjadi cerah dan nyaman.


Disebalik ketenangan pagi dan tengaharinya, suasana ini akan diganti pula dengan keindahan sebelum senja. Diiringi dengan perbagai warna di kaki langit, telah menambahkan lagi keceriaan sebelum malam menjelma. Lihatlah dikaki langit, warna warni menyinari bumi untuk seketika sebelum malam. Tertarik sungguh dengan keindahan ciptaan Yang Maha Kuasa.


Keindahan Alam Maya Keindahan Alam Maya Reviewed by Mamat Abudin on April 06, 2011 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.