Telah beberapa hari berlalu, UiTM Kampus Dungun sedang mengadakan program 1Fiesta UiTM. Dengan berbagai bagai aturcara yang disusun rapi, ianya mendapat sambutan yang baik. Program seumpama ini sering diadakan oleh pihak universiti dan dikendalikan oleh pelajar pelajar UiTM sendiri. Ianya terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin datang untuk bersama sama menjayakannya, termasuk daripada kalangan kakitangan universiti dan pelajar serta para penduduk setempat. Berbagai bagai jenis barangan jualan boleh didapati pada gerai yang menyertai program ini. Dari pada makanan, minuman, pakaian dan juga alat perhubungan.
Bagi mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan makanan, minuman atau apa saja, dapatlah kiranya berhubung dengan pihak universiti. Terutama sekali kepada persatuan dalam universiti. Namun begitu, peniaga peniaga luar juga dialu alukan bagi menambahkan lagi kepelbagaian perniagaan. Waktu yang telah ditetapkan oleh pihak universiti untuk menjalankan perniagaan adalah bermulanya waktu pagi sehingga jam sepuluh malam. Dan bagi keluarga dan kakitangan universiti, mereka juga dibenarkan untuk datang bagi memeriahkan lagi fiesta ini. Mereka boleh membeli belah dan menjamu selera dengan selesa. Bagi mereka yang berkesempatan masa bolehlah datang dimana acara ini telah dijadikan sebagai acara tahunan oleh pihak universiti.
1Fiesta UiTM
Reviewed by Mamat Abudin
on
September 27, 2010
Rating:
No comments: