Pernahkah anda sampai di bandar Dungun, khasnya di Pantai Teluk Lipat? Pantai yang cantik dengan pasir memutih dan air lautnya yang tenang akan menenang dan menambat hati sesiapa sahaja yang memandangnya. Namun dengan peredaran zaman membuatkan pantainya telah mengalami hakisan yang teruk.
Pembaikan demi pembaikan telah dilakukan terhadap pantai berkenaan. Benteng pemecah ombak menganjur ke laut telah pun dibina bagi menahan hakisan pantai, yang satu ketika dulu amat cantik, luas dan gah dipandangan. Daripada jenis benteng yang menganjur ke laut, yang dibina dari muara sungai Dungun hingga beberapa kilometer sepanjang pantai menjuju ke Kampung Teluk Lipat.
Benteng berbentuk seperti ini pernah dibina oleh Kerajaan Terengganu bagi tujuan untuk memecah keganasan ombak. Namun keganasan ombak yang melanda tepian pantai tiada tandingan, sehinggakan kadang kadang menambahkan lagi kerisauan penduduk setempat terutama mereka yang tinggal berhampiran pantai. Lebih lebih lagi bagi mereka yang bekerja sebagai nelayan, samada sepenuh masa atau sekadar nelayan sambilan. Mereka ini semua mengharap suatu perubahan demi masa depan anak anak para nelayan.
Hinggakan kepada jenis benteng pasir berguni. Pasir pantai dimasukkan ke dalam guni dan ditanam beberapa meter kedalam tanah bagi menahan hakisan. Semasa gambar ini diambil pun, kerja kerja menambak pantai dengan menggunakan guni pasir sedang rancak berjalan oleh kontraktor yang diberi kepercayaan. Namun mampukah ianya menahan hempasan kuat ombak laut? Sama sama kita lihat apabila tiba masanya.
Teluk Lipat Berubah Wajah
Reviewed by Mamat Abudin
on
September 18, 2010
Rating:
No comments: