Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang cantik dengan budaya menarik terletak di zon pantai timur. Mempunyai lapan buah daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan daerah bongsu iaitu Kuala Nerus. Dengan pasir pantainya yang memutih dari Kemaman ke Besut. Dilindungi pula oleh pulau pulau seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian juga Pulau Tenggol. Terengganuwebcam.blogspot.com yang memaparkan gambar spontan dimana saja dalam dan luar Negeri Terengganu Darul Iman.Disamping gambar produk kesihatan diri bagi sesiapa yang memerlukan. Sebarang komen, maklumat, pandangan atau pendapat; boleh disalurkan ke mohamadbidin@ymail.com atau mohamadb@tganu.uitm.edu.my HP No: 01120878674

Selangkah ke UiTM

Program "Selangkah Ke Uitm", adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan Universiti Teknologi Mara khususnya dan IPT lain amnya. Program ini adalah untuk mendekatkan lagi peranan universiti kepada penduduk setempat, terutama kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Melalui program sebegini, dapat memberi penerangan berharga kepada bakal mahasiswa dalam memilih hala tuju masa depan.





Kesekelian kalinya, pihak UiTM(Terengganu) Kampus Dungun, telah mengadakannya. Pada kali ini, program 'Selangkah Ke Uitm' diadakan di perkarangan ruang legar Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Ianya juga telah diadakan di daerah Kemaman dan Kuala Terenganu. Beberapa orang kakitangan universiti telah diarahkan untuk memberi penerangan kepada para pelajar.


Sambutan yang diberikan oleh para lepasan tingkatan lima, amat memberangsangkan. Program ini telah dijalankan di seluruh kampus cawangan Universiti Teknologi Mara, termasuk juga di kampus induk Universiti Teknologi Mara. Dalam sambutan menggalakkan ini, hari pertama program adalah merupakan hari paling sibuk. Dengan kehadiran hampir mencecah tujuh ratus pelajar pada hari pertama, hari kedua pihak universiti masih lagi menerima kunjungan lebihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Kehadiran ibubapa menambahkan lagi semamgat anak anak.
Selangkah ke UiTM Selangkah ke UiTM Reviewed by Mamat Abudin on March 27, 2011 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.