Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang cantik dengan budaya menarik terletak di zon pantai timur. Mempunyai lapan buah daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan daerah bongsu iaitu Kuala Nerus. Dengan pasir pantainya yang memutih dari Kemaman ke Besut. Dilindungi pula oleh pulau pulau seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian juga Pulau Tenggol. Terengganuwebcam.blogspot.com yang memaparkan gambar spontan dimana saja dalam dan luar Negeri Terengganu Darul Iman.Disamping gambar produk kesihatan diri bagi sesiapa yang memerlukan. Sebarang komen, maklumat, pandangan atau pendapat; boleh disalurkan ke mohamadbidin@ymail.com atau mohamadb@tganu.uitm.edu.my HP No: 01120878674

Sukan Rakyat KRT

Pada hari Jumaat yang lalu iaitu pada 12 November 2010 dan bertempat di perkarangan pusat pemgumpulan ikan daerah Dungun. Dijalan ditepi pantai yang mempunyai pantai yang bersih dan indah. Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Dungun telah mengadakan sukan rakyat. Upacara perasmiannya telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Daerah Dungun iaitu Datok Haji Matulidi Jusoh.

Berbagai bagai acara sukan telah diadakan, seperti sukan untuk kanak kanak tadika perpaduan, pertandingan congkak, pertandingan memasak, pakaian beragam dan sebagainya. Ianya terbuka khususnya kepada mereka yang bergiat cergas dalam KRT. Namun begitu ianya masih juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya.



Pelbagai jenis pertandingan diadakan bagi memeriahkan lagi pesta sukan ini. Ehhh... Masak apa tu?. Mintak sikit. Pertandingan masakan mengambil bahagian acara terawal dan diikiuti dengan acara acara lain yang telah dirancang sejak sekian lama. Jenama dan jenis masakan adalah hak peserta pertandingan tetapi dalam jangka masa tertentu. Pertandingan ini telah diadili dengan begitu adil oleh pakar pakar masakan dari hotel hotel berdekatan.



Aiikkk... Adik adik main apa tu? Alah bang, tak nampak ke, kami ni sedang bermain dengan pasir pantai. Dan itu adalah merupakan pertandingan membuat istana pasir oleh kanak kanak Tadika sekitar bandar Dungun. Sungguh asyik mereka. Maklumlah, kanak kanak memang selalu dikaitkan dengan pasir. Kalau tak dipantai, dirumah pun mereka suka bermain dengan pasir terutama sekali kanak kanak perempuan. Buatlah dik.... Buat besar besar, tinggi tinggi nanti boleh dapat hadiah!!!!.Hadiah pun besar jugak...

Sukan Rakyat KRT Sukan Rakyat KRT Reviewed by Mamat Abudin on November 13, 2010 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.