Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang cantik dengan budaya menarik terletak di zon pantai timur. Mempunyai lapan buah daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan daerah bongsu iaitu Kuala Nerus. Dengan pasir pantainya yang memutih dari Kemaman ke Besut. Dilindungi pula oleh pulau pulau seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian juga Pulau Tenggol. Terengganuwebcam.blogspot.com yang memaparkan gambar spontan dimana saja dalam dan luar Negeri Terengganu Darul Iman.Disamping gambar produk kesihatan diri bagi sesiapa yang memerlukan. Sebarang komen, maklumat, pandangan atau pendapat; boleh disalurkan ke mohamadbidin@ymail.com atau mohamadb@tganu.uitm.edu.my HP No: 01120878674

Minuman Kesihatan

Diperkenalkan kepada semua sejenis minuman yang dapat mencegah dan menghilang penyakit kronik. Sejenis minuman yang diproses dari buah buahan tempatan. Buah tempatan tersebut di namakan sebagai MANGGIS. Seperti mana yang anda semua tahu, manggis memang manis dan lazat dengan isinya yang putih. Kebiasaannya kulit buah berkenaan akan kita buang terus ke dalam tong sampah. Namun dengan kaedah perubatan terkini, ianya telah menjadi sebagai bahan kesihatan yang masyur. Kemasyurannya telah mendapat tempat di luar negara terutamanya USA dan kini telah pun berada di negara kita Malaysia.





Pokok nan merimbun boleh menjadikan sebagai pokok untuk berteduh. Buah yang dihasilkan menjadi banyak mengikut musim. Penanaman dan penjagaan baik akan mengeluarkan hasil yang baik. Kulit buah yang menghijau, membuatkan tiada menyangka pokok berkenaan telah mengeluarkan hasil. Berada dicelah celah daun yang juga menghijau, menambahkan lagi keunikan pokok manggis. Namun setelah ianya cukup tua dan masak, kulit yang menghijau telah bertukar warna menjadi ungu.





Dengan hasil pemprosesan saintifik masa kini, buah manggis telah dijadikan sebagai sebahagian daripada sumber kesihatan termaju kini. Rasanya yang sedikit kelat, manis dan perisa limau akan membuatkan pengguna merasa teruja untuk terus mendapatkan minuman tersebut. Pengguna dinasihatkan mengamal minum pada setiap pagi bagi mendapat faedah dan kesan pada tubuh badan. Seperti di gambar yang ke empat, satu sukatan yang disyorkan khasiatnya bersamaan dengan beberapa jenis sayuran dan buahan yang diambil.
Minuman Kesihatan Minuman Kesihatan Reviewed by Mamat Abudin on August 24, 2010 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.