Hulu Terengganu yang terkenal dengan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara terletak di pekan Kuala Berang yang dah besar sekarang. Hasil daripada gabungan beberapa tasik kecil, maka terbentuklah sebuah tasik besar bernama Tasik Kenyir. Di tasik ini juga berbagai bagai kegiatan dapat dilihat, seperti memancing, menjelajah keseluruhan tasik dengan menaiki bot yang disediakan. Bagi mereka yang suka bermalam di tengah kawasan tasik, perkhidmatan rumah bot juga tersedia.
Ini merupakan antara pulau pulau yang terdapat di Tasik Kenyir. Pulau pulau ini boleh dihampiri dengan menaiki bot bot yang disediakan. Pemandangan indah di air tenang dapat merehatkan mata buat seketika. Disamping itu bagi kaki pancing, mereka dapat melepaskan gian memancing mereka untuk seketika disini. Namun disini hanyalah didapati spesis ikan air tawar seperti baung, toman, kelah dan sebagainya.
Bagi mereka yang gemar bermandi manda dengan air tawar, sebuah pusat rekreasi telah pun diwujudkan disini. Pusat buatan sendiri itu adalah hasil usaha kerajaan Terengganu bagi menggalakkan pelancongan di Terengganu. Dan yang terbaru kini, Tasik Kenyir akan dijadikan sebagai pusat perniagaan bebas cukai. Disamping membeli belah, para pelancong dapat menikmati kesegaran udara bersih diwaktu pagi dengan kicauan penghuni hutan rimba.
Hulu Terengganu Dah Maju
Reviewed by Mamat Abudin
on
August 11, 2010
Rating:
No comments: