Kini Bandaraya Kuala Terengganu telah berubah wajah dengan pembangunan yang pesat. Berbagai bagai usaha telah dan akan dijalankan bagi mengindahkan lagi pemandangan di bandaraya tersebut. Pusat pelancongan kini telah dimajukan dan dinaik taraf sejajar dengan perkembangan pesat bandaraya.
Seperti yang digambar, terdapatnya sebuah replika batu bersurat yang termasyhur ditempatkan bulatan berhampiran hospital Terengganu. Dahulu ditempat berkenaan terdapatnya sebuah replika penyu. Sesuai dengan namanya, Terengganu Darul Iman; kini replika penyu telah diganti dengan sebuah replika batu bersurat. Semasa penempatan replika penyu, bulatan berkenaan dikenali sebagai Bulatan Penyu. Kini ia telah berubah nama seiring dengan pembangunan negeri, ianya kini dikenali pula sebagai Bulatan Batu Bersurat. Suatu mercu tanda seandainya ada diantara para pelancong tersilap arah tujuan.
Sebenarnya meriam dan tempat ini juga adalah warisan peninggalan pihak penjajah Inggeris. Meriam ini diletakkan diatas sebuah bukit dikenali sebagai Bukit Puteri. Terdapat berbagai kisah tentang bukit ini. Di bukit ini juga pihak Inggeris dapat memantau dan melihat dengan jelas kemasukkan pihak tentera Jepun yang cuba untuk menawan Terengganu. Kini bukit berkenaan telah dibangunkan dengan pesat dan dijadikan sebagai tapak warisan Terengganu juga pusat pelancongan.
Kuala Terengganu Berubah Wajah
Reviewed by Mamat Abudin
on
August 10, 2010
Rating:
No comments: