Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang cantik dengan budaya menarik terletak di zon pantai timur. Mempunyai lapan buah daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan daerah bongsu iaitu Kuala Nerus. Dengan pasir pantainya yang memutih dari Kemaman ke Besut. Dilindungi pula oleh pulau pulau seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian juga Pulau Tenggol. Terengganuwebcam.blogspot.com yang memaparkan gambar spontan dimana saja dalam dan luar Negeri Terengganu Darul Iman.Disamping gambar produk kesihatan diri bagi sesiapa yang memerlukan. Sebarang komen, maklumat, pandangan atau pendapat; boleh disalurkan ke mohamadbidin@ymail.com atau mohamadb@tganu.uitm.edu.my HP No: 01120878674

Raya Raya Raya


Selepas sebulan berpuasa, kini tiba masanya semua umat Islam seluruh dunia menyambut hari yang mulia iaitu Hari Raya Aidil Fitri, ataupun lebih dikenali sebagai Hari Raya Puasa. Bersama sanak saudara dan rakan taulan, hari yang mulia ini disambut dengan gembira. Tak terkecuali yang muda dan juga yang tua. Setiap rumah akan cuba mengadakan rumah terbuka. Sekurang kurangnya walau sekadar untuk keluarga.




Pada gambar yang dipamerkan ini adalah merupakan salah satu majlis rumah terbuka semperna menyambut hari raya aidil fitri baru baru ini. Walaupun nampak bersahaja namun ianya sangat meriah. Berbagai jenis hidangan kuih muih dapat dirasai oleh para tetamu yang datang. Bagi kanak kanak mereka ini diberi pula sedikit ampau raya. Biarpun sedikit yang diterima, mereka merasa amat gembira. Bagi mereka apa yang penting adalah mendapat duit raya.
Tapi awas, selepas berhari raya barulah sibuk pula nak berjimat. Maklumlah duit dah banyak dikeluarkan. Tapi itu adalah merupakan satu kemestian, setelah berlapar selama sebulan hari kegembiraan harus disambut biarpun secara sedehana. Itulah indahnya ISLAM.
Raya Raya Raya Raya Raya Raya Reviewed by Mamat Abudin on September 15, 2010 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.