Semenjak semalam lagi bandar Dungun telah dicurahi hujan yang lebat. Sehingga ke hari ini langit masih lagi memuntahkan airnya. Akibat daripada kejadian yang tak diduga ini, menyebabkan beberapa kawasan rendah telah dinaiki dan digenangi air. Beberapa buah keluarga dari kampung bersebelahan tempat tinggal aku telah berpindah. Tak terkecuali dengan beberapa kawasan lain disekitar bandar Dungun.
Sebenarnya kini cuaca seluruh negara kita tidak lagi menentu. Apa yang aku diperhatikan selama ini dimana semenjak Malaysia ditempiaskan dengan tragedi tsunami di Indonesia, keadaan laut sering saja bergelora dengan ombak besar da juga tiupan angin kadang kadang kuat. Ditambah pula dengan kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun dan terbaru sekali gempa bumi di Myanmar. Dah dekat dengan negara Malaysia, selain berdekatan juga dengan Sumatra, Indonesia. Bila banjir nie kanak kanaklah orang yang paling gembira. Apa tidaknya, dapat bermain main dengan air. Tapi awas JANGAN SAMPAI LEMAS.
Para nelayan menjadi gelisah dengan keadaan sebegini. Kebiasaannya pada bulan bulan sebegini, bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia mengalami musim kering.Aktiviti nelayan pantai dan nelayan laut dalam senang mencari rezeki. Kini suasana telah berubah. Sehari panas di sambut dengan hujan dan tiupan angin kencang untuk masa yang sedikit lama. Bagi kaki pancing pula mereka sudah boleh bergembira dengan hasil pancingan mereka. Dan bagi pengendali pertandingan memancing, dikala ini diantara mereka telah pun mendapat perhatian dari kaki pancing.
Banjir Oooohhh Banjir
Reviewed by Mamat Abudin
on
March 29, 2011
Rating:
No comments: